KUALA LUMPUR: Jualan pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd dalam pasaran domestik dan eksportnya meningkat sebanyak 40.9 peratus pada Mei 2023 kepada 13,268 unit bulan ke bulan.
Prestasi itu berikutan permulaan perlahan pada suku kedua tahun ini disebabkan pasaran automotif Malaysia terjejas oleh cuti perayaan dan penamatan penghantaran untuk kereta dikecualikan cukai pada Mac, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Jualan untuk lima bulan pertama tahun ini berjumlah 62,970 unit, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 38.9 peratus, pertumbuhan tertinggi antara jenama dalam pasaran automotif Malaysia.
"Sementara itu, jumlah volum industri dianggarkan meningkat semula sebanyak 32.2 peratus kepada 61,600 unit pada Mei," katanya, sambil menambah pegangan pasaran Proton berada pada 21.5 peratus bagi bulan itu.
Pada Mei, pengeluar kereta itu turut meneroka pasaran eksport baharu, Mozambique, pasaran baharu pertamanya untuk 2023 dan ke-12 keseluruhan, menawarkan model X70 dan X50.
"Selain memasuki pasaran baharu, Mei juga merupakan bulan terbaik untuk jualan eksport sepanjang tahun, dengan 217 unit terjual, diterajui oleh Proton Saga.
"Bagi jualan keseluruhan, Proton Saga mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dengan 5,819 unit terjual pada Mei, meletakkannya di tempat kedua keseluruhan untuk sedan segmen A dengan 27,214 unit terjual setakat ini, peningkatan yang luar biasa sebanyak 51 peratus tahun ke tahun, " katanya.
Pengeluar kereta itu berkata, tiga model iaitu X50, Proton Persona dan Exora menerajui jualan segmen keseluruhan pada Mei.
Ia berkata X50 terus menerajui jualan keseluruhan segmen B dan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan 2,801 unit terjual, manakala model Persona kekal sebagai peneraju keseluruhan bagi sedan segmen B pada tahun ini walaupun menduduki tempat kedua dengan 2,290 unit dijual pada bulan tersebut.
"Proton Exora mencapai 440 jualan untuk kekal di atas pasaran MPV segmen C," katanya.
Proton berkata pertumbuhan jualan tahun sehingga kini bagi tiga peneraju segmen ialah 31 peratus untuk model X50, 78 peratus untuk Persona dan 39 peratus untuk Exora, membuktikan permintaan untuk modelnya kekal kukuh walaupun terdapat persaingan daripada pesaing baharu.
"Sebanyak 929 unit model X70 telah dijual pada Mei manakala X90 serba baharu menamatkan tiga minggu pertamanya dijual dengan 257 unit terjual, meletakkannya di tempat kedua dalam pasaran SUV segmen D," katanya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata permintaan terhadap model X90 adalah kukuh kerana pelanggan memanfaatkan pakej early bird yang menawarkan aksesori.
"Syarikat juga akan mengadakan lebih banyak pelancaran produk baharu dan memperkenalkan kemas kini kepada rangkaian sedia ada kami sambil membuat penampilan sulung kami dalam pasaran kenderaan elektrik melalui anak syarikat kami Pro-Net, (dengan) banyak aktiviti lain sepanjang 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Pada Mei, pengeluar kereta itu turut meneroka pasaran eksport baharu, Mozambique, pasaran baharu pertamanya untuk 2023 dan ke-12 keseluruhan, menawarkan model X70 dan X50. - Foto fail/BERNAMA
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara
Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Selain gaji minimum, jurang upah pelbagai dimensi perlu diatasi - Pakar
Antaranya termasuk kesenjangan upah antara jantina, etnik, kumpulan umur, aktiviti ekonomi, dan negeri.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.